Dari Idea
Ke Realiti.
Cetak material pemasaran perniagaan anda dengan kualiti warna yang tajam, material premium, and hasil yang profesional bersama MWPRINTWORKS.
Katalog Perkhidmatan Cetak
Pilih produk dan tentukan spesifikasi mengikut keperluan kempen anda.
Keperluan Cetakan Lain?
Selain daripada spesifikasi di atas, kami juga menyediakan pelbagai produk cetakan serta rekaan korporat khas. Tuding (hover) pada mana-mana senarai di bawah!
Percetakan Bunting
Pilih unit ukuran, tentukan spesifikasi saiz
Roll Up Bunting
Pilih set lengkap (cetak + stand) atau servis pemasangan sahaja.
WingFlag
Pilih saiz tinggi bendera, kuantiti dan lihat jumlah harga set lengkap.
Business Namecard
Pilih jenis cetakan (1 side / 2 side) dan kuantiti untuk melihat harga rasmi.
Sijil Korporat / Penghargaan
Sila tetapkan jumlah kuantiti untuk mendapatkan harga sebut harga automatik.
Pengurusan Bakul & Sebut Harga
Sahkan item cetakan anda, pilih kaedah penghantaran dan sistem akan menjana format pesanan rasmi.
Item Cetakan Dipilih
Bakul pesanan cetakan anda kosong. Sila pilih perkhidmatan di halaman Utama dahulu.
Nota Reka Bentuk (Design): Selepas menekan butang hantar, anda boleh menghantar fail rekaan (.jpg, .pdf, .png) terus kepada pegawai khidmat pelanggan kami di WhatsApp.
Ringkasan Pengiraan
Tentang Kami
Selamat datang ke MWPRINTWORKS, pusat penyelesaian sehenti bagi segala keperluan percetakan anda. Kami memahami bahawa setiap cetakan adalah representasi perniagaan dan jenama anda. Oleh itu, kami komited untuk menyampaikan kualiti cetakan yang premium, ketajaman warna yang tepat, dan perkhidmatan pelanggan yang efisien.
Sama ada anda memerlukan banner besar untuk acara korporat, kad perniagaan yang eksklusif, bunting promosi, mahupun cenderahati khas, pasukan kami sentiasa bersedia untuk merealisasikan idea anda dari paparan skrin kepada realiti fizikal.
Visi & Misi Kami
- Menjadi peneraju percetakan kualiti premium di Malaysia.
- Memastikan ketepatan masa, kemampuan, dan kualiti seiring dalam setiap pesanan.
- Membantu usahawan dan syarikat kecil mahupun besar melonjakkan penjenamaan mereka melalui medium cetakan.
Hubungi Kami
Mempunyai persoalan atau memerlukan khidmat nasihat berkenaan material, saiz, dan rekaan? Jangan ragu-ragu untuk menghubungi pasukan khidmat pelanggan kami melalui saluran di bawah:
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat: 9:00 Pagi - 6:00 Petang
Sabtu: 9:00 Pagi - 1:00 Petang
Ahad & Cuti Umum: Tutup
Terma & Syarat
Sila baca dan fahami Terma & Syarat berikut sebelum membuat sebarang tempahan dengan MWPRINTWORKS. Dengan membuat tempahan, anda dianggap telah bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
1. Fail Rekaan (Artwork)
- Semua fail mestilah disediakan dalam format PDF, JPG, atau PNG resolusi tinggi dengan format warna CMYK.
- Kami tidak bertanggungjawab ke atas kualiti cetakan yang kabur, warna lari, atau teks terpotong sekiranya fail asal yang dihantar tidak menepati spesifikasi resolusi, margin keselamatan (bleed/safe zone), dan profil warna CMYK.
2. Proses Tempahan & Pembayaran
- Sebut harga di dalam kalkulator web adalah anggaran. Harga rasmi dan kos penghantaran sebenar akan disahkan melalui WhatsApp.
- Tempahan hanya akan diproses untuk cetakan selepas bayaran penuh (atau deposit yang dipersetujui) telah disahkan dan rekaan (artwork) telah dipersetujui (finalized).
3. Tempoh Masa (Lead Time)
- Hari bekerja kami adalah dari Isnin hingga Jumaat. Sabtu, Ahad, dan Cuti Umum tidak dikira sebagai hari bekerja untuk proses produksi.
- Kelewatan penghantaran oleh pihak kurier pihak ketiga (seperti Pos Laju, J&T, dll) adalah di luar bidang kuasa kami, namun kami akan bantu sedaya upaya untuk memantau status pesanan.
Dasar Privasi
Di MWPRINTWORKS, kami memandang serius privasi data anda. Dasar ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, dan melindungi maklumat peribadi anda.
1. Pengumpulan Maklumat
Kami hanya mengumpul maklumat yang diserahkan secara sukarela oleh anda melalui borang "Mula Order" di laman web kami (seperti Nama, No. Telefon, dan Alamat Penghantaran) atau mesej secara langsung melalui WhatsApp.
2. Penggunaan Maklumat
- Memproses, menguruskan, dan menghantar tempahan cetakan anda.
- Menghubungi anda berkenaan status rekaan (artwork), masalah teknikal cetakan, atau invois pembayaran.
3. Perlindungan Maklumat
Maklumat anda tidak akan dijual, ditukar, atau dipindahkan kepada syarikat luar atas apa jua alasan tanpa kebenaran anda, selain daripada tujuan asas untuk menghantar produk (seperti memberikan alamat kepada syarikat kurier).
Polisi Pemulangan
Oleh kerana sifat barangan percetakan adalah tempahan khas (custom made), semua jualan adalah muktamad dan tidak boleh dikembalikan wang atau dibatalkan setelah proses pencetakan dimulakan.
1. Cetakan Semula (Reprint) atas Kesalahan Produksi
Sekiranya terdapat kecacatan fizikal atau kesalahan jelas berpunca dari pihak produksi kami (cth: ukuran salah, material salah, finishing berbeza dari invois), kami akan menawarkan pilihan Cetakan Semula (Reprint) tanpa kos tambahan kepada pelanggan. Aduan mestilah dibuat dalam tempoh 72 jam (3 hari) selepas barangan diterima.
2. Pengecualian
Kami TIDAK menawarkan cetakan semula (reprint) atau pemulangan wang bagi isu-isu berikut yang berpunca daripada pihak pelanggan:
- Kesalahan ejaan, nombor, atau tatabahasa dalam artwork yang telah disahkan (final approved).
- Warna lari yang disebabkan oleh format fail RGB dan bukannya CMYK.
- Gambar / imej pecah (pixelated) kerana fail resolusi rendah dibekalkan oleh pelanggan.
3. Proses Aduan
Sila hantarkan bukti bergambar / video yang jelas berkenaan kecacatan produk kepada pihak kami melalui WhatsApp. Kami akan menilai aduan tersebut dengan segera dan memberi maklum balas tindakan pembaikan.